Cinta hakiki adalah cinta kepada zat yang menciptakan cinta itu sendiri. Cinta tidak dirasa tanpa pengorbanan. Kasih sayang bukan sekadar untaian kata-kata indah dan kerinduan yang terus takkan pernah terwujud jika hanya sebatas pemanis bibir.
RM Lover
Every Friday 11.50 p.m. ~SBS~
Monday, 18 March 2013
Saturday, 16 March 2013
ZiKiR...
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Apabila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh itu, setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan berzikir, pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hendonisme.
Thursday, 14 March 2013
Cerdasnya Orang Beriman
Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya. Maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan...

Sunday, 3 March 2013
AWAS !! Perangkap syaitan...
Bisikan syaitan...
Salah satu jalan halus yang ditempuh syaitan adalah dengan membisikkan perasaan "tidak layak" dalam hati orang yang hendak berdakwah. Syaitan memperlihatkan pelbagai kekurangan yang terdapat dalam dirinya atau ahli keluarganya. Lalu syaitan berkata :"Lihatlah dirimu. Engkau tidak layak berdakwah dan memberi nasihat". Tujuannya hanya untuk membuat hamba Allah ini malu dan merendah diri sehingga enggan menyampaikan nasihat atau menegur kesalahan.
Setiap pendakwah pasti pernah mengalami perasaan ini. Al-Hasan al-Basri mengingatkan bahawa itu adalah tipu daya syaitan dan kita tidak boleh tertipu dengannya. Jangan biarkan bisikan ini menghalang kita daripada memberi nasihat atau menyampaikan kata-kata hikmah kepada orang lain.
Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh orang yang sempurna. Jika begitu, tidak ada yang layak berdakwah di dunia ini, kerana siapakah orang yang bersih daripada dosa dan terpelihara daripada kekurangan?? Renung-renungkanlah....
Ikhlas daripada Running Man Lover.. Hahaha

Friday, 4 January 2013
Sunday, 30 December 2012
Thursday, 27 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)