Sunday, 3 March 2013

AWAS !! Perangkap syaitan...

Bisikan syaitan...

Salah satu jalan halus yang ditempuh syaitan adalah dengan membisikkan perasaan "tidak layak" dalam hati orang yang hendak berdakwah. Syaitan memperlihatkan pelbagai kekurangan yang terdapat dalam dirinya atau ahli keluarganya. Lalu syaitan berkata :"Lihatlah dirimu. Engkau tidak layak berdakwah dan memberi nasihat". Tujuannya hanya untuk membuat hamba Allah ini malu dan merendah diri sehingga enggan menyampaikan nasihat atau menegur kesalahan.

Setiap pendakwah pasti pernah mengalami perasaan ini. Al-Hasan al-Basri mengingatkan bahawa itu adalah tipu daya syaitan dan kita tidak boleh tertipu dengannya. Jangan biarkan bisikan ini menghalang kita daripada memberi nasihat atau menyampaikan kata-kata hikmah kepada orang lain.

Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh orang yang sempurna. Jika begitu, tidak ada yang layak berdakwah di dunia ini, kerana siapakah orang yang bersih daripada dosa dan terpelihara daripada kekurangan?? Renung-renungkanlah....

Ikhlas daripada Running Man Lover.. Hahaha

2 comments: